Wednesday 23 November 2011

KaKi Tu AuRaT kE???

Ya…AURAT….


Pendapat mazhab: Maliki,,Syafi’i,,Hanbali
“seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan telapak tangan”
Allah berfirman dgn mafhumnya:
“katakanlah kepada wanita yang beriman:hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya,serta janganlah mereka menampakkan yang biasa nampak daripanya”(surah al-Nur 24:31)


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN “YANG BIASA NAMPAK DARIPADANYA”?

Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa maksud ayat tersebut ialah wajah dan kedua-dua tapak tangan.(tafsir al-Quran al-azim)-pendapat ini juga disokong oleh al-Danhak dan al-Auza’i

Ini disokong olh sebuah hadis:
Asma’ binti Abu Bakar masuk ke tempat Rasulullah s.a.w. berada sedangkan dia memakai pakaian sedikit nipis.Rasulullah s.a.w. lalu berpaling daripada memandangnya sambil bersabda yabg bermaksud:
“wahai Asma’,sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh(haid),maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini” dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan.(riwayat Abu Daud)


CABARAN YANG TIMBUL KETIKA HENDAK MENUTUP KAKI YANG DIJADIKAN AURAT SEBAGAI KAUM HAWA….

Kebiasannya,,wanita akn mgalami masyaqqah(kesulitan) menutup kaki sama ada dengan berstoking,memakai kasut bertutup atau melabuhkan pakaian mereka sehingga menutup kaki.Wanita harus faham,konsep menutup kaki tidak hanya tercapai dgn pakai stoking saja.Konsep pakaian labuh seperti abaya yang biasa dipakai wanita Arab mempunyai maqasid menutup kaki apabila mereka memakainya labuh sehingga meleret,namun tidak sampai ke tahap berbangga-bangga dgn pakaian labuh.Memakai kasut bertutup pd waktu hujan boleh dterima dr segi praktis,asalkan tujuan asal menutup aurat tercapai.Tiada lagi istilah stoking basah berkali-kali sehari.
Jika berada di rumah terutamanya di kampung,dgn kehadiran ipar-duai,sepupu dan sbgnya,maka bermujahadahlah sedikit dgn meminimumkn kaki terdedah wlpon dberi bbrapa kelonggaran jk brada dlm rumah.

Firman Allah yg mafhumnya:
“hai anak Adam,sesungguhnya kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat”(surah Al-A’raf 7:26)


SECARA KESIMPULANNYA::::
Ketika seorg wanita islam hendak sembahyang..ap sahaja anggota yang ternampak ketika sembahyang yang tidak membatalkan sembahyangnya…????

Jwpn : MUKA dan TAPAK TANGAN

JADI…KAKI…………………….????????????????

“jadi kaki kalau nampak terbatallah…sembahnyang wanita itu…kesimpulannya KAKI ITU AURAT…..
 (anggota ap sekali pun yang jika kelihatan ketika solat,justeru terbatalnya solat seseorang wanita itu,,,ianya bermaksud anggota itu adalah AURAT)


Tepuk dada tanyalah iman..Jika iman masih malap,,terangkan hati dgn ilmu dan amal…insya Allah…

Walluwa’lam…..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...